Tengok air manis pun...



Kalau sebelum-sebelum ni, bila aku sahut cabaran tanpa air manis selama sebulan, lepas tu memang aku kerap minum je air manis. Kiranya cabaran aku cuma sebulan tu je. Kat kedai pun aku akan order air manis, keluar mana-mana pun, aku akan beli air manis je. Kalau pergi mamak pun, teh ais tu wajib. 

Tapi sejak aku buat cabaran tanpa air manis sejak bulan 9 hari tu, sampai ke hari ni aku duk amalkan lagi. Dia macam spontan je aku buat. Tipu la kalau takda cheat day kan. Tapi seminggu sekali je. Itu pun tak selalu.

Selalu kalau macam dah lama tak minum manis, aku akan craving gila-gila minum manis. Tapi sekarang macam dah okay. Tengok pun macam biasa-biasa je.

Bukanlah niat nak kurus ke apa, tapi entah la. Senang kata aku okay je minum air putih, asalkan sejuk. Kalau air suam ke apa, aku payah sikit.

Mungkin dah nak masuk 3 series ni, aku okay dah kot tak minum manis. 

Catat Komen

0 Ulasan