Status dah kembali normal



Kalau sebelum ni, status aku di My Sejahtera adalah Person Under Surveillance dan juga high risk, tapi sejak sabtu lepas dah tukar kepada low risk, no symptoms. Alhamdulillah. Rasa lega sangat bila dah bertukar status ni. Kalau tak, tak tenteram jugak. Ye la sebab kita diperhatikan kan? 

Macam mana status aku boleh bertukar? Aku dah cerita sebelum ni dan korang boleh baca kat pengalaman aku kenapa aku kena buat swab test




So, sepanjang dibawah pengawasan tu, aku banyak duduk di dalam bilik. Nak tengok TV pun, takda cerita menarik. Hahaha... Cumanya aku sangat-sangat jarang keluar. Keluar bila keadaan terdesak je. So sorry guys. 

Kalau aku keluar pun, aku akan pastikan aku selesaikan kerja secepat mungkin dan jauh dari orang lain. Tapi Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. 

Nasihat aku, selalu lah update di My Sejahtera tu tentang keadaan korang. Dari situ, korang akan tahu risk korang berada di tahap mana. Tapi aku doakan kita semua selamat.. Insya Allah

Catat Komen

0 Ulasan