Kenapa Perlu Menginap Di Ridel Boutique Hotel, Kelantan?



Last aku jejakkan kaki ke Kelantan, rasanya enam tahun lepas kalau tak silap. Itu pun sebab kerja wartawan dulu, aku ikut group Le Tour de Langkawi. Memang aku rindu nak ke Kelantan lagi sebab aku rindu makanan Kelantan. Kat area rumah aku ni ada je kedai Kelantan, tapi feel tu tak sama.

Kalau ke Kelantan, selain dari makanan, banyak je tempat menarik kat sana. Especially tempat shopping. Pasar Besar Siti Khadijah, Wakaf Che Yeh, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga. Kalau aku pergi dengan family aku, Bukit Bunga tu memang singgah masa on the way balik. Kalau stay dua malam kat Kelantan, yang  kitorang repeat pergi, of course la Wakaf Che Yeh dan Pasar Besar Siti Khadijah. Dan kitorang selalu tidur rumah sepupu aku, lebih kurang 40 minit kot ke sana. Tapi kali ni kalau aku nak pergi dengan Puan Isteri, aku dah plan nak menginap kat hotel ni, sebab tengah-tengah Wakaf Che Yeh ni. Depan hotel je.



Hotel apa? Ridel Boutique Hotel memang akan jadi pilihan aku kalau aku ke Kelantan kali ni. Hotel ni terletak betul-betul di kawasan Wakaf Che Yeh, so boleh jalan kaki je. Lagi satu yang best, kalau hotel lain, korang kena alih kan kereta bila Wakaf Che Yeh nak beroperasi, tapi untuk Ridel Boutique Hotel ni, korang jangan risau sebab memang ada ruangan parking depan hotel dengan bayaran RM2 untuk satu malam. Tempat lain ada yang sampai RM5 untuk satu malam. Jimat dah kat situ.



Lagi satu, kalau malas nak keluar kereta untuk cari makan, area Wakaf Che Yeh ni pun dah banyak sangat kedai makan yang menarik. Cuma keluar berjalan je kat Wakaf Che Yeh ni. Sambil cari makan, sambil shopping. Kata nak bercuti kan? Aku yang baru pergi berapa kali je, seronok tengok bermacam benda yang dijual kat Wakaf Che Yeh tu dan kedai makan. Nasihat aku, kalau korang yang tengah diet tu, kalau ke Kelantan, korang terpaksa cheat day. Aku tak rasa korang boleh bertahan bila tengok semua makanan-makanan tu semua.

Untuk pilihan bilik pulak, ada beberapa pilihan dengan harga yang aku rasa sangat berpatutan memandangkan lokasi yang sangat strategik.

Standard Double / RM120.00

Deluxe Queen / RM140.00

Deluxe Triple / RM150.00

Family Room / RM190.00

Dan dari apa yang aku cuba google, kalau korang tak nak meronda di Wakaf Che Yeh malam tu atau balik ke hotel dah waktu malam, akses keluar masuk ke hotel ni pun senang walaupun pada waktu puncak. Sebab aku pernah park jauh untuk ke Wakaf Che Yeh ni. Tapi kalau ke Kelantan kali ni, dah tak risau dah kalau aku menginap dekat Ridel Boutique Hotel. 

Selain tu, bagi aku, kalau menginap kat hotel ni pun dah cukup strategik sebabnya, Ridel Boutique Hotel ni boleh dikatakan sangat strategik dan dekat dengan tarikan yang lain. Contohnya :

1. Pasar Besar Siti Khadijah (5.8KM)
2. Pantai Cahaya Bulan (15.3KM)
3. Menara Rehal (5.7KM)
4. Masjid Muhammadi (6.3KM)
5. Masjid Kampung Laut (9.7KM)
6.Masjid Sultan Ismail Petra (7.3KM)

7. Istana Balai Besar (5.7KM)
8. Kelantan River Cruise (12.4KM)
9. Bazaar Tok Guru (5.1KM)
10. Muzium Islam (6.1KM)

See?? Semua dekat-dekat je kalau korang nak ke tempat-tempat menarik kat Kelantan ni. So, kalau korang menginap kat hotel ni, tak perlu risau pasal jarak nak ke tengah town semua. Dekat dengan semua tempat. 

Aku dengan Puan Isteri memang ada plan nak ke Kelantan sebab nak food hunting. Tapi sebab Covid ni, terpaksa postpone dulu. Tapi bila semua dah kembali normal, rasanya kalau menjadi plan ke Kelantan, dah ada hotel nak duduk. Heheehe…


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Menarik ni ! Tak sabar nak pergi

    BalasPadam
  2. Lamanyaaa tak gi WCY. Best juga kalau staycation sini 😁

    BalasPadam
  3. Bestnya balik Kelate... Dah lama jugak tok kelik pah semuo ado sini... Nanti nak plan balik Kelantanlah, boleh menginap di Ridel Boutique Hotel kan...

    BalasPadam
  4. Teringin nak dtg kelantan.. Sekali je pergi sebb hntr cousin kawin.. Tu pun dh lama.. Menarik juga staycation sini

    BalasPadam
  5. Tak pernah lagi sampai Kelantan, nanti ada rezeki nak pi jugak dan akan pilih hotel ni.

    BalasPadam
  6. Tak pernah sampai Kelantan and teringin nak ke sana.

    BalasPadam

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)