Setiap Kali Tengok Chocolate Moist



Setiap kali aku tengok kek chocolate moist, aku akan senyum sendiri. Teringat macam mana aku sanggup order sebab nak jumpa calon isteri masa tu (sekarang dah jadi Puan Isteri). Nak tahu kisah, baca je kat sini

Tapi itu la, aku pun pelik macam mana aku boleh nak order chocolate moist banyak macam tu. Rasanya 10 kot aku order. Hahaha..last-last ambik separuh je daripada apa yang aku order tu. Daripada separuh tu, satu je aku ambik makan dan yang lain, aku bagi kat kawan-kawan aku. Kebetulan time tu memang ada trip ke Pahang dengan geng blogger.

Sebab tu kalau aku nampak kek chocolate moist ja, aku akan tersenyum teringat cerita lama. Macam mana perkenalan aku dengan Puan Isteri aku. Maksud aku, langkah yang aku ambik la lepas Kak Laila jadi orang tengah. Lepas tu sendiri punya cara la.

Alhamdulillah, jodoh dah bertemu...

Catat Komen

0 Ulasan