Sakit Tak Buat Swab Test?

Dalam kita berjaga-jaga ni, kalau nak jadi, jadi jugak. Sebelum ni duk dengar je cerita orang pergi buat swab test tu. Tapi bila diri sendiri kena, tahu cuak dan takut. Sementara nak tunggu result keluar, lagi la cuak. Tapi kita cuba buat cool and relax je.


Puncanya, salah sorang staff kat company aku kerja, positif. Tahu tu pun dah lewat, so, sabtu pagi tu memang kelam kabut la. Best part is, Selasa tu, sehari sebelum PKPB, dia masuk department aku untuk say goodbye la sebab tu hari last dia kerja, dia resign. 

So, sembang pun tak lama. Dalam 15 minit macam tu. Duduk pun jauh. Kalau dengan aku dalam 3 meter macam tu rasanya. Tapi sebab confine space and aircond, risiko tinggi jugak la. Mulanya ingat nak self quarantine je or mungkin tunggu pihak berkaitan call. Sebab dorang akan selidik semua. Tapi sebab dah dapat arahan dari office, so nak tak nak, terpaksa jugak la buat cepat. Plus dari hari last jumpa tu, dah 4 hari sampai hari kami tahu dan masa jumpa pun, dia dah nampak macam tak sihat.

Aku dah call hospital kerajaan sebelum tu untuk tanya, dorang cadangkan aku buat self quarantine dulu. Katanya hospital kerajaan cuma buat swab test untuk orang yang ada simptom. Katanya la. Kalau nak buat jugak, kena ke hospital swasta. Tapi macam aku cakap, aku ada sebab kenapa terpaksa buat awal. 


Sampai kat hospital, orang agak ramai dan aku rasa kebanyakannya dari office yang sama. Sebab dorang rancak je sembang. So tunggu la sejam setengah lepas isi form semua.

Kalau dengar orang bercerita, macam sakit sangat. Tapi, aku rasa takda apa sangat. Ngilu sikit je part hidung tu sampai berair mata. Macam cabut bulu hidung je pedih dia tu. Tekak pulak aku okay.

So, result dia?? Alhamdulillah negative. Tapi still kena buat self-Quarantine.



Catat Komen

1 Ulasan

  1. Tak sakit sebenarnya kan swab test..depend pd cara petugas juga.

    BalasPadam

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)