Interview Di Syarikat Scammer

Dalam keadaan sekarang ni,ramai yang dah dibuang kerja. Dan nak cari kerja ni, bukannya mudah. Nak tukar kerja? Pun tak senang. Ramai lagi yang berkelayakan dan berpengalaman.


Macam baru ni, aku dapat satu whatsapp untuk temuduga. Aku pun dah lupa aku apply kerja kat mana. Bila check email balik, aku jumpa. So, aku pun bagi persetujuan untuk attend interview tu. Gaji yang dioffer pun menarik. 

At first aku macam pelik jugak sebab aku dipanggil interview melalui whatsapp dan hari Sabtu. Selalunya dorang akan call (guna nombor pejabat) dan bila kita cakap setuju, baru dorang akan emelkan. Tapi takpe la. Aku bersangka baik.

Aku google nama syarikat tu, sebab itu yang naik di email aku. Tak jumpa. Kalau jumpa pun, aku rasa tu bukan website company tu. So, aku reconfirm dengan orang yang whatsapp aku tu, tapi dia tak reply. So aku beranggapan, mungkin dia nak tengok effort aku la kot untuk cari maklumat tentang syarikat dia. 


So, sampai hari interview, dekat area KLCC dengan Puan Isteri sebabnya, nak ke Putrajaya lepas interview tu. So, Puan Isteri tunggu di lobby dan aku naik sorang. Sampai level tu aku tengok nama company tu lain dengan nama company yang whatsapp aku tu. Aku turun balik dan tanya dengan guard. Guard tu cakap betul la alamat tu dengan bangunan tu.

So, aku naik balik dan jumpa orang di reception. Rupanya betul, dorang outsource company lain untuk carikan pekerja (nampak lain dah). 

So, aku isi form semua dan kena masukkan contact person yang berhubung dengan aku. Aikk, tak pernah-pernah pulak selama aku attend mana-mana interview. Tapi takpe la. Isikan je.

So dalam 5 minit lepas isi form, aku dipanggil masuk untuk interview. Muda lagi orang yang interview aku ni. As usual kena kenalkan diri apa semua and so on. 

Lepas tu, dia terangkan job scope aku (kalau diterima) dan sebagainya. Bila dia explain tu, aku dah rasa semacam. This is a scam company!! Tapi untuk tunjuk professional, aku teruskan je. Dia nak push untuk masuk kerja ASAP. So, at the end, dia cakap akan contact aku balik kalau diterima.

Okay la.. Then habis elok masuk je kereta, aku suruh Puan Isteri check nama company tu di Google(sebab kat belakang counter ada nama company), and then.. SURPRISEEEEE!!!!!


Memang terbukti syarikat tu syarikat yang scam orang. Apa yang aku baca, dah ramai yang kena. Dorang bermodalkan investment, forex, education, gold trade, customer service dan bermacam lagi.

Bukan nak menuduh atau bersangka buruk kat syarikat tu, tapi, aku dapat rasa something wrong somewhere sepanjang interview session tu.

Bila aku tanya dekat kawan-kawan pun, ada yang dah terkena. Dan silap aku jugak tak bertanya dari awal. Tapi tak apa la. Aku tak buat keputusan apa-apa lagi. Yang aku buat, I will blacklisted that company and will be more careful. Company apa? Kalau korang google nama bangunan tu pun, insya Allah naik. Kalau dapat offer kat area situ, berhati-hati la. 

Catat Komen

2 Ulasan

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)