Idea dah ada, tapi...



Aku ni dah lama ada account youtube. Kalau tengok first video aku upload tu, kira-kira 6 tahun lepas. Itu pun aku upload video assignment masa aku belajar dulu. Then aku ignore ja.

Lepas tu, bila dah start aktif dalam dunia blog, aku mula buat video, itu pun ikut sebab ikut task job yang memerlukan aku buat video. Ada jugak la video-video lain yang aku rasa teringin nak buat, so aku buat la. Itu pun ada satu video tu aku edit dan upload lebih kurang sebulan lepas habis event. Aku tak mengejar subscriber ataupun view. Kalau ramai tengok, aku happy, takda yang tengok pun, aku okay ja. Aku anggap sebagai diari dan memori aku ja. 

Tapi bila tengok ramai yang nak cuba jadi Youtuber sebab boleh buat duit, kadang-kadang aku semangat jugak. Tapi setakat semangat je la. Nak buat tu, aku macam, errr nak kena fikir content lagi. So, biar kan je la berlalu.

Kadang aku ada je idea untuk buat video. Siap boleh bayangkan lagi angle-angle yang menarik. Mungkin penangan daripada dok rajin tengok video-video pendek ringkas kat FB dan lain-lain. Cuma nak buat tu, macam kadang-kadang semangat tu terbang melayang. Cewahhh..

Well, siapa yang sudi, rajin-rajin la subscribe channel aku ya. Insha Allah aku follow back. 

Catat Komen

0 Ulasan