Dulu Lambat Je Nak Capai 10,000



Dari awal kes Covid-19 ada kat Malaysia sampai hujung bulan Ogos hari tu, aku rasa macam lambat je nak capai jumlah kes 10,000 positif. Kes kematian pun lambat je naik.

Time tu, aku rasa masih selamat lagi nak keluar. Dan bila kita di fasa PKPP, rasanya macam semua dah kembali seperti sediakala. Malaysia siap dapat pengiktirafan untuk negara yang pandai handle kes Covid19 ni. 


But, aku rasa dalam bulan 9 macam tu, kes Covid19 ni naik mendadak. Dalam tempoh kurang dua bulan, dah capai 15,000 jumlah kes positif. Jumlah kematian pun meningkat mendadak dan kita pernah ada rekod 10 kematian dalam satu hari. 

Walaupun ada yang kata kes banyak di kawasan tertutup macam penjara dan depoh tahanan, but still, jumlah kes positif setiap hari masih banyak. Dan hari ni, for the first time, kes positif 1,200 kes.

Dengan isu politik yang tak habis. Semua sibuk nak berkuasa, nak jatuhkan orang itu ini. Boleh tak fikirkan rakyat dulu? Berapa ramai rakyat yang dah dibuang kerja, gaji kena potong dan sebagainya, tapi yang korang duk sibuk berebut kuasa. Tolong la... Nak rebutkan kuasa, setelkan hal rakyat dulu. Jangan kenyangkan perut sendiri kalau rakyat sendiri terpaksa ikat perut. 

Catat Komen

1 Ulasan

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)