Aku Tolong Pelajar Siapkan Assignment



Aku ni baru je aktif kat LinkedIn dalam tahun ni kalau tak silap. Akaun dah lama ada, tapi tak berapa aktif. Cuma lately je baru aktif.

Bila dah aktif ni, selain aku connect dengan orang lain, aku dapat jufak connection request dari orang termasuk student. Dan bila dari student ni, ada dua je, sama ada untuk luaskan connection ataupun jadi sebahagian daripada assignment dorang. Means jawab survey and jawab interview dari dorang.


So selalunya, aku akan jawab je. Sebab kebanyakkannya berkaitan tentang isu-isu berkaitan PR. So, why not aku share je pengalaman aku kan.

Seronok tolong student-student ni. Kita semua pernah jadi student, so bila ada orang sudi untuk jadi sumber siapkan assignment kita. So why not kita tolong student balik kan?

Catat Komen

0 Ulasan