Sekali Lagi Tanpa Air Manis



Aku rasa macam every year kot aku buat cabaran tak minum manis ni. Selalunya aku post kat FB tentang cabaran ni, tapi kali ni, aku macam nak diam je untuk permulaan. Sebab bukan apa, takut tak jadi. Tapi memandangkan dah seminggu dah, so, aku berjaya. Hehehehe...

Well, aku dah mula 1 September hari tu, memang tak minum manis even kalau kat kedai. Aku order air kosong atau air buah tanpa gula. Kira aci ke tak eih kalau macam tu?

Nak kata susah tu, tak jugak sebab kalau kat pejabat or rumah pun, memang aku banyak minum air kosong, kecuali kalau kat kedai makan. Baru order air manis. Kalau kat rumah, bila betul-betul teringin baru suruh Puan Isteri buatkan.

So, aku tak nak target sebulan tapi tengok la, selama mana aku boleh buat tak minum air manis ni. Tapi at least sebulan la aku nak buat. 

Catat Komen

0 Ulasan