Penulis Untuk Diupah

Menulis ni sebenarnya benda yang boleh dilakukan oleh semua orang. Tetapi gaya penulisan, macam mana nak tarik orang untuk membaca itu tak semua orang boleh buat. Aku tak cakap aku bagus, tetapi pengalaman mengajar aku untuk tahu semua perkara ni.


Jadi, sebagai seorang penulis upahan, aku yakin dengan pengalaman yang aku dah dapat selama ini, aku boleh membantu orang lain dalam penulisan mereka.

Apa pengalaman aku?

1. Blogger separuh masa. Mula serius sejak 5 tahun lalu. Berpengalaman dalam membuat ulasan produk, makanan, perkhidmatan, pelancongan, kesihatan dan sebagainya. Juga berpengalaman dalam membuat ayat-ayat copywriting, proof read, dan content writing.

2. Bekas wartawan. Bekerja sebagai wartawan di sebuah portal berita selama dua tahun (ditawarkan bekerja selepas tamat praktikal di syarikat yang sama). Mempunyai pengalaman menulis dalam pelbagai industri seperti politik, sukan, makanan, human interest, ekonomi dan sebagainya.

3. Eksekutif Perhubungan Awam di syarikat pemaju hartanah. Hampir tiga tahun aku dalam bidang ni dimana skop kerja aku lebih kepada seorang penulis. Siaran akhbar, ucapan, surat dan sebagainya adalah tanggungjawab aku.

Jadi kalau korang perlukan sebarang bentuk penulisan. Boleh rodger aku, insya Allah kita bincang sampai jadi. Tapi jangan risau, orang takkan tahu siapa penulis sebenar sebab pembaca akan fikir hasil tu adalah dari anda sendiri. 

Catat Komen

0 Ulasan