Hebat Homework Budak Sekolah Sekarang

Hujung minggu lepas, aku dengan Puan Isteri tolong sepupu kecik buat homework dia. Fuyooo, kagum pulak aku dengan kerja sekolah budak-budak sekarang. Berbeza gila dengan zaman aku. Iya lah, zaman dah berubah kan.


Seingat aku dulu, homework macam ni selalunya untuk budak-budak seni and sekolah menengah, itu pun budak Form 4 or Form 5 yang buat. Yang sepupu aku ni pulak, baru darjah 4. Sebelum ni pun buat homework, hantar guna Google Classroom je. Mungkin sebab PKP kan, canggih gila la... 



Iya la, takda la spesifik and details sangat... Cumanya, berbeza la dengan homework zaman aku dulu. Kalau subjek seni pun, rasanya setakat cop dari batang pisang, kentang, anyam tu je la. 

Hai la... Nanti kerja sekolah anak cucu aku macam mana la agaknya. Yang sekarang pun aku dah terasa tua sangat aku ni.. Nanti tak tahu la... 

Catat Komen

0 Ulasan