Western Food di Johari's Palacio, Shah Alam



Dah tak tahu nak makan apa waktu malam? Takkan nak makan nasi je kan, apa kata sesekali tukar selera ke western food. Tapi itu la, nak cari yang kena dengan selera ni, payah sikit. Tapi, kalau korang ke Johari's Palacio, confirm korang akan repeat ke sini lagi.

Terletak di Seksyen 23, Shah Alam, western food kat sini mesti korang akan terbawa sampai ke dalam mimpi. Aku repeat datang kedai ni dua minggu berturut-turut. Itu pun sebab bawa orang dan aku menumpang sekali. So bila aku bawa orang ke kedai ni maksudnya apa?? Mesti la sedap kan.



Apa yang aku boleh suggest kalau korang ke sini, lamb shank dan short rib dia. Sangat-sangat puas hati sebab portion banyak dan lembut gila. Tambah lagi yang lamb shank tu, memang isi dia terlerai dari tulang. Dipartnerkan dengan blackpepper sauce dia yang padu dan side dish macam mash potato, memang korang akan tersandar kekenyangan.





Selain tu, kalau korang nak makan nasi pun, ada jugak bermacam jenis nasi goreng dan makanan yang lain. Actually ada tiga pilihan utama untuk western food kat sini iaitu lamb, chicken and beef. Tapi aku rasa beef and lamb memang highlight la kat sini. 

Harga? Kalau untuk lamb shank or short rib, murah sikit aku rasa kalau nak dibandingkan dengan kedai-kedai yang aku pernah pergi.


Servis kat sini pun cepat. First time aku pergi, dalam pukul 8 lebih dan orang memang ramai. Tapi masa nak tunggu dapat hidangan tu, tak lama mana pun walaupun ramai orang. Second time aku pergi dalam pukul 6 macam tu, memang takda orang lagi, so memang lagi cepat la kan sampai. 

Kalau korang ke Shah Alam, jangan lupa datang makan sini. Confirm korang akan puas hati. 

Catat Komen

2 Ulasan

  1. Macam menarik ni. Minggu depan nak ke area sana

    BalasPadam
  2. Salam, blogwalking here, done follow blog ini. Wah, sedapnya makanan western kat atas. bleh singgah sini kalau ke shah alam nanti. huhu

    BalasPadam

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)