Tonton 7 Hari Mencintaiku 2


Dari season pertama, cerita ni memang trending. Masuk musim kedua pun trending gila-gila. Semuanya disebabkan pelbagai konflik antara menantu dan mertua.

Dan aku pun terjebak sebenarnya. Tapi kalau diikutkan, aku tak pernah tengok pun season pertama. Mungkin masa tu aku sibuk dengan kerja. Cewahhh.. Tapi aku tahu la watak-watak dalam drama ni. Itu pun tengok dari klip-klip yang orang share kat Facebook. 

Untuk musim kedua ni, macam mana aku boleh tengok?? Sebabnya OST drama ni. Aku Bidadari Syurgamu dari Dato' Seri Siti Nurhaliza. Mulanya tengok teaser drama ni kat Twitter dan terus jadi macam excited nak tengok. Video clip pun tak keluar lagi masa drama ni keluar. So itu je la punca aku terjebak tengok drama ni. 

Well.. Dah habis dah pun. Hilang dah semua momen-momen yang buat sakit hati. Nasib baik... 

Catat Komen

0 Ulasan