Setelah Lama Work From Home

Sejak PKPB bulan lima hari tu, boleh kira beberapa hari ja aku ke pejabat. Sebab kami diberi pilihan untuk bekerja dari rumah atau ke pejabat. Masa bulan 6 hari tu, rajin jugak la aku ke pejabat sebab macam bosan jugak kan buat kerja dari rumah.

Tapi disebabkan beberapa sebab, aku akhirnya bekerja dari rumah ja bulan 7 hari tu. Nasib la job description aku memang boleh buat kerja kat handphone. So senang je. 


Tapi bulan 8 ni, nampaknya aku akan kerap ke office sebab nak assist yang mana patut untuk Annual Report dan semalam adalah hari pertama aku ke pejabat. Ye la, dah sebulan setengah tak ke pejabat, merempit 40 minit, semalam boleh aku rasa lemau dan letih. Sedangkan sebelum ni okay ja.

Pastu, malam sebelum tu pulak tak berapa nak boleh tidur, lagi la letih. Tapi itu la, walaypun work from home pun lagi relaks, tapi feel tu tak sama dengan pergi ofis. Ke aku sorang je yang rasa macam tu? 

Catat Komen

0 Ulasan