Pertama Kali ke Genting Highlands

Percaya atau tak, raya haji tahun baru ni adalah pertama kali aku sampai ke Genting Highlands. Walaupun aku belajar dekat Shah Alam dan kawan-kawan yang lain selalu jugak la naik ke Genting Highlands tu, tapi aku masih tak berpeluang sampai.


Tapi masa raya tu, lepas mak mentua aku habis dialisis, terus naik. Plan pun dah lama cuma kebetulan dua tiga hari sebelum raya tu, bapa mentua aku ada minor operation kat lutut, so naik untuk berehat sekali je la kan. 

Cadangnya naik untuk tidur satu malam je, tapi last minit, ada orang sponsor lagi satu malam. Nasib baik bawak baju extra. Tidur pun ambil apartment. Senang sebab ada tiga pasang kan. Kira short vacation la untuk family mentua aku. 

Sampai je kat atas, nak check in awal tak boleh, so, kami meronda je ke Genting Strawberry Park, lepak dan minum-minum dulu. Dalam pukul 3 macam tu baru check in and makan-makan kat apartment. Makan lemang, nasi impit. Haaa... Kami bawak tau. Sebab raya kan... Kena la ada feel tu jugak walaupun pergi bercuti.




So, lepas check in tu memang tak ke mana pun. Duduk melepak je kat homestay sebab masing-masing macam lemau je. Lagi pun, saudara sebelah mak mentua aku pun datang sekali. Cuma dorang duduk hotel lain. Dorang datang apartment kitorang untuk melepak and makan-makan je.

Esoknya tu, awal pagi dah check out dan terus naik ke atas. Nasib baik gerak awal, kalau tak panjang kena beratur kat cable car. Masa on the way ke atas tu, tengok view Genting dari cable car, one thing yang buat aku kagum tentang macam mana Tan Sri Lim Goh Tong ni boleh terfikir untuk mulakan bisnes di Genting ni. Aku tak nak bercakap tentang bisnes apa yang dia buat, which is korang pun tahu. Cuma cara pemikiran orang bisnes ni kadang-kadang buat aku kagum. Kalau aku, mungkin aku tak terfikir kot sampai macam tu sekali.


Okay. Sampai je kat atas, kami makan dulu and baru round. Betul-betul round je. Takda nak main apa pun sebab indoor je yang bukak. Outdoor masih tutup lagi. So bergambar dan turun balik. Masa turun tu dah berawan dah.

Lepas tu ingat nak menyopping la dekat Genting Premium Outlet (GPO), tapi mak aiiii... Penuh gila umat manusia. Dengan beraturnya dekat kedai-kedai tu. Yang tak beratur kat kedai jual baju baby je kot rasanya. Sudahnya, pusing-pusing je and turun.


Balik ke apartment baru, then keluar makan je. Rehat. Itu pun dah lemau gila. Bila fikir balik, bukan buat aktiviti apa pun. Berjalan je.. Tapi lemau. Mungkin sebab sejuk kot. 

Catat Komen

0 Ulasan