JJCM Melaka

Kalau ada ja cuti panjang, Melaka mesti jadi salah satu lokasi yang akan sesak dengan orang luar. Aku pun tak tahu apa yang ada kat Melaka sampai katanya, setiap hujung minggu, bandaraya Melaka tu mesti jammed gila. Abang aku pun kerap jugak bercuti ke Melaka. Kalau nak kata sebab sejarah, aku tak rasa ramai ke Melaka, so, mesti ada daya tarikan lain.

Kebetulan aku ke Melaka baru ni atas dua sebab. Anniversary yang kedua dan juga ada jemputan majlis kahwin kawan sekolah aku yang memang aku rapat. Confirmation ke Melaka pun seminggu sebelum sebab kalau ikutkan, aku ada trip blogger ke Pantai Timur, tapi postpone. So, terus aku suruh Puan Isteri book. Kiranya ganti honeymoon kami dua tahun lepas. 

Lokasi pertama, kami singgah di Freeport A'Famosa Outlet, saja je menyinggah sebab check-in pukul 3. Lepas tu ingatkan nak makan di tengah bandar Melaka. Tapi susah dapat parking, kami drive-thru je. Malam baru keluar makan. 

So, macam biasa, Puan Isteri akan mula Google tempat-tempat makan yang menarik. Aku pun mencari jugak. Sebab kami ni kalau berjalan ke mana-mana, memang bab makan ja. Tidur tu hotel bajet pun takda masalah. So, antara lokasi yang kami sempat terjah :

Medan Ikan Bakar Serkam



Selain Umbai yang memang terkenal, Medan Ikan Bakar Serkam ni pun menarik kalau nak makan seafood. Ada banyak gerai dan kami pilih salah satu kat situ. Tak jauh dari Bandaraya Melaka, dalam 25km je. Makan pulak tepi sungai dan pilihan pun banyak. Harga? Rasanya macam standard dengan medan ikan bakar yang lain. Tapi yang penting fresh. Sebabnya, kalau ke Umbai tu macam dah ramai sangat orang pergi. 

8272 Barakah Corner



Sarapan hari kedua, aku boleh cadangkan untuk korang try ke 8272 Barakah Corner, bersebelahan dengan Klinik Kesihatan Tengkera. Kami sampai sekitar jam 8.15 pagi tu dan orang dah beratur panjang. Tapi berbaloi beratur sebab roti merecik dia sangat sedap. Gulungan roti canai dan dalam dia ada ayam cincang. Lepas tu kuah banjir. Heaven. Jangan risau, ada makanan lain jugak macam mee kari, nasi lemak, lontong dan macam-macam lagi. 

Coconut Shake Batu Berendam




Sepatutnya masa hari pertama tu, kami dah pergi ke Coconut shake area Klebang tu, tapi sebab macam dah penat dan orang beratur panjang, jadi malas dah. Ganti dengan Coconut Shake Batu Berendam. Memang ramai jugak orang kat sini, tapi tak beratur panjang. Tempat untuk lepak sambil melayan Coconut Shake dan cucur keria pun banyak. Ada banyak jugak pilihan makanan kat sini.

Restoran Man Asam Pedas

Kalau ke Melaka, tak makan asam pedas, aku rasa macam tak sempurna je percutian korang. Hehehe.. Banyak pilihan restoran asam pedas ni untuk korang explore. Tapi aku try Restoran Man Asam Pedas dan tidak mengecewakan langsung. Kami sampai awal dan kedai baru bukak, so tak banyak pilihan lagi. 

So, pilihan yang ada masa tu, ikan jenahak, ikan kembung, telur ikan dan daging tetel. Kalau korang pergi malam sikit, lagi banyak pilihan. Tapi aku nak rekemen korang try asam pedas daging tetel dan ikan jenahak dia.. Padu weh, aku siap mintak nasi tambah.

Perhentian Kuih Kampung



Hari terakhir sebelum check out, aku memang dah aim kedai ni dari awal sebab aku jumpa kat Twitter. Tapi apakan daya, kedai buka 8.30 pagi dan kami sampai pukul 7.45 pagi. Terpaksa termenung dulu dengan pelanggan lain. Yes, memang ada yang lagi awal sampai dari kami. 


Kalau korang pergi dalam pukul 9  ke atas macam tu, aku rasa lagi banyak pilihan kuih dan makanan lain. Aneka kuih talam dia memang sangat sedap dan to be honest, memang rasa pure orang tua-tua yang buat. So, kalau korang rasa rindu nak makan kuih-kuih kampung yang sedap, aku cadangkan ke sini je. Confirm puas hati sampai kami bungkus bawak balik.

Tapi kan, sementara nak tunggu waktu makan tu, nak ke mana?

Kampung Morten


Well, i will always love this place. Rumah tradisional Melaka dan dapat rasa vibes kampung tu di tengah bandar.

Pantai Klebang


Kalau rasa nak ambil angin petang di tepi pantai, korang boleh ke Klebang. Bagi anak-anak bermain sambil makan-makan. Dan kalau korang rajin untuk berjalan, korang boleh ke pasir cantik. Tapi kena berjalan kaki sikit la. Aku malas nak pergi sebab kami ke Klebang tengah hari. Memang panas terik. 

Bandar Hilir 



Apa ertinya ke Melaka kalau tak ke Bandar Hilir. Drop satu tempat dan berjalan la kat Bandar Hilir tu. Kalau jenis minat sejarah, lagi banyak korang boleh explore. Naik beca berlampu-lampu tu pun boleh. Tapi, datang awal sikit. Sebab kalau lewat, selain dari sesak, orang pun ramai gila kat sini. Tambah dengan Covid ni. Kena extra careful sikit. 

Freeport A'Famosa Outlet



Kalau teringin nak bershopping, korang boleh ke sini. Outlet-outlet yang branded ada kat sini dan korang boleh shopping sepuasnya.

Okay...lepas aku tulis ni, baru aku tahu kenapa Melaka selalu je penuh dengan pelancong setiap masa. 

Catat Komen

1 Ulasan

  1. Bestnya. Saya tertarik Morten tu. Best je nampak suasana dan rekaan rumah lama melaka.

    Habis lah asyik mengunyah je kalau datang ke Melaka. Btw memang menarik lah segala kuih muih tu.

    Tak sabarnya nak ke sana bawa anak-anak

    BalasPadam

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)