Jawab Exam SPA

Selama aku dah habis belajar, dan aku dok mengisi SPA, baru semalam je aku dapat tawaran untuk jadi sebahagian calon jawab exam SPA untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Aku pun tak expect pun nak dapat offer ni walaupun sekadar exam. Sebab tak pernah dapat kan...


Well.. Masa dapat offer ni memang macam agak kelam kabut jugak. Dengan ke Melaka, lepas tu ada job Ghoswriter sikit, kerja office dan kerja blog, jadi nak study tu macam lambat sikit.

Sudahnya, dua hari sebelum exam baru aku dapat study. Untuk pengetahuan Am dan Bahasa Inggeris aku okay lagi la. Cuma Bahagian B, mathematic tu yang buat aku tension. Aku dari sekolah memang lemah bab-bab mengira ni.


Tapi pengalaman pertama aku jawab exam SPA ni tak berapa best. Sebab server down. Hahahah... Soalan Bahagian A aku tak boleh jawab pukul 10 pagi tu, so terpaksa postpone ke pukul 2 petang. Nasib bahagian B dan C berjalan lancar. 

Aku ingatkan aku sorang je yang bermasalah, rupanya ramai lagi yang hadap masalah yang sama. Rasa lega la sikit. 



Ni aku nak share tips sikit untuk korang yang ada rezeki jawab exam SPA. 

1. Banyakkan membaca tentang Perlembagaan Negara dan dasar-dasar kerajaan. 

2. Banyakkan buat latihan untuk bahagian Matematik. Tengok buku sekolah budak-budak sekarang pun takda masalah. 

3. Tenangkan fikiran sebelum jawab exam. 

4. Standby sekurang-kurangnya 30 minit semasa log in

5. Pastikan line internet anda stabil. Jangan guna hotspot dari handphone. Takut coverage gila. 

Catat Komen

0 Ulasan