10 Tahun Dia Bertahan Dengan Aku

Sedih. Siapa je yang tak sedih bila kita setia dengan satu tu je selama 10 tahun walaupun ada yang lain sebagai pengganti. Tapi nak buat macam mana, sampai masanya, dia akan tinggalkan kita. Lagi pun, salah aku jugak.

Malam tadi, masa nak ke tandas aku dah silap langkah dan terdengar bunyi 'prappp' dan aku dapat agak dah apa dia. Selesai je urusan kat tandas, aku bukak lampu dan macam mana aku tengok patahnya cermin mata aku, macam tu la patahnya hati aku. Huaaa...

Cermin mata ni dah 10 tahun dah dengan aku kalau tak silap. Masa semester dua atau semester tiga diploma. Dan ni cermin mata pertama aku yang frame tebal. Sebelum ni, aku cuma ambil yang bingkai nipis atau half frame je. 

Walaupun aku ada buat cermin mata lain, cermin mata ni aku tetap pakai di rumah dan kalau nak keluar, aku ada cermin mata lain. Memang aku dah asingkan cermin mata kat rumah dan keluar. Untuk keluar pulak ada dua, untuk drive malam atau drive siang je. Tapi sekarang, yang aku pakai kat luar, kena pakai kat rumah jugak. 

Nak kena buat cermin baru untuk ganti pakai kat rumah... 

Catat Komen

0 Ulasan