Wallet Hilang, Tapi...

Siapa tak gelabah bila wallet hilang. Walaupun cash tak banyak dalam tu, tapi dalam keadaan sekarang, cash is king. Cewahhh.. Takda la, kalau dah tertulis rezeki, ada la kan. 

Aku baru je balik dari Pahang sebab ada trip dengan geng blogger. Aku tumpang member aku untuk pergi dan balik. So, masa balik tu, member aku drop aku di stesen minyak kat Federal Highway tu and family mertua aku datang ambik kat situ. Aku pun tak perasan mulanya yang wallet aku dah tercicir tapi masa sampai kedai makan, aku cari dalam sling beg and dalam kereta tak ada. Tak gelabah?? Tapi dengan penat, aku dah jadi macam malas fikir. Makan dulu, and call member aku minta tolong dia check kan dalam kereta, tapi tak ada. Lepas makan, aku and mertua aku pergi balik ke stesen minyak tu untuk cari, tapi tak ada. Sampai ke cashier pun aku tanya kot-kot ada orang serahkan kat situ.

So, aku rasa macam wallet aku mungkin tercicir dekat MATIC, Jalan Ampang sebab situ last aku pegang wallet aku. Tak apa la. Balik rumah dan aku call bank untuk block kad aku. 

Elok je aku letak telefon lepas call bank, dapat satu emel. 


Alhamdulillah. Terus aku call Asri ni dan dia ajak jumpa dekat Seksyen 7. Walaupun badan penat, aku okay ja untuk jumpa. Sebab malas nak fikir. 

Bila aku tanya macam mana dia jumpa email aku, katanya dia jumpa satu kertas yang ada list username and password aku untuk beberapa website yang aku selalu guna. So kat situ dia dapat aku punya email address. Mula-mula dia call insurans company medical card yang company aku guna, tapi insurans company tu tak bagi sebab P&C. 



Alhamdulillah. Walaupun cash dah tak ada, tapi kad-kad lain masih ada. Lega dah tak perlu buat lain dah. Cuma kena pergi bank je untuk buat kad lain sebab dah block. 

Aku ada hulur jugak sikit saguhati, tapi dia tolak sebab katanya, hari ni hari aku, esok hari dia tak tahu lagi. Nothing much yang aku boleh cakap, kecuali terima kasih banyak-banyak. 

Alhamdulillah. 


Catat Komen

0 Ulasan