Usahawan Tanpa Modal Dengan D'Aura

Musim PKP ni, walaupun ada yang masih bekerja, tetapi masih ada juga yang dibuang kerja. Hilang sumber pendapatan untuk menyara keluarga. Ramai diantara kita yang terkesan akibat Covid19 ni. Bagi yang terkesan teruk, mula mengatur rancangan macam mana nak survive selagi Covid19 ni masih ada. Ada yang mula nak jadi usahawan tapi tak tahu macam mana. 

Okay, baru ni, aku ke event D'Aura Meet & Greet Aurapreneur di Ara Damansara. Well.. Sebenarnya ada tiga benda yang berlaku dalam satu event yang bagi aku, benda baru untuk aku. Terutamanya bab minyak kelapa dara. Korang pernah tahu ke?? Aku tahu kewujudan minyak kelapa dara ni, tapi aku ingatkan untuk perempuan ja, rupanya lelaki pun boleh amalkan. Rahsia awet muda dan kulit yang sihat.


D'Aura ni dah berada di pasaran sejak 2012 lagi dan pemprosesan untuk mendapatkan minyak kelapa dara atau Virgin Coconut Oil (VCO) di buat di kilang sendiri di Shah Alam tanpa menggunakan bahan kimia. Sehingga kini, lebih dari 1 juta pengguna dah menggunakan D'Aura. Hebat kan?? 

Okay, benda pertama yang aku nak share adalah produk baru D'Aura iaitu Set Berpantang D'Aura dan Aromatic Virgin Coconut Oil (AVCO). Aku ada dapat AVCO tu dan bau dia sedap. Masih ada bau minyak kelapa tu, tapi tak kuat. Aku duk sapukan di tangan sepanjang event. Saja nak tengok bau minyak kelapa tu kuat ke tak. Rupanya tak kuat pun. Ada bau wangi dan sedikit bau minyak kelapa. 






Bila aku baca kat botol, AVC best digunakan untuk sapuan luaran pada kulit dan rambut. Kaya dengan antioksidan dan baunya  sangat harum. Struktur minyaknya juga cepat  meresap tak sampai pun 10 saat. Minyak dah meresap, tapi bau masih ada. 

Selain dari pengenalan dua produk baru, D'Aura juga dah melantik personaliti TV, Dayag Bakar sebagai duta rasmi dorang. Kebetulan pulak Dayah Bakar ni sedang mengandung, so, rezeki anak la. Dia pun dah amalkan VCO D'Aura ni dan nanti, dia akan gunakan set berpantang dari D'Aura. 




Ketiga, kan awal-awal tadi aku bagitahu macam mana korang nak jadi usahawan tanpa modal di musim-musim PKP ni. Insya Allah D'Aura buka pintu untuk kita yang berminat. Aku pun duk dengar dengan teliti dan aku tertarik dengan cara D'Aura ni untuk membantu ramai orang. Berkongsi keuntungan dengan ramai orang. 


Kat majlis tu, D'Aura dah melancarkan program Aurapreneur  dimana D'Aura akan menganjurkan kelas-kelas percuma untuk membimbing orang ramai menjadi usahawan D'Aura yang berjaya. Korang jangan risau... Korang boleh je pergi kelas tu nanti, dan kalau berminat, boleh proceed. Apa yang aku difahamkan, dorang akan ajar dan latih dari A to Z. Insya Allah semuanya boleh jadi usahawan D'Aura yang berjaya. 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke : 



Untuk maklumat lanjut hubungi:

Catat Komen

3 Ulasan

  1. Bagus produk D'Aura ni. Dulu nad pernh amb.. Ni keluarkn prpduk baru utk kecantikan mesti nak cuba

    BalasPadam
  2. Kak nina dah lama amalkan D'Aura VCO ni sejak mengandung anak no. 4
    Memang bagus untuk kesihatan dalaman dan luaran
    Aromatic yang baru ni best kannnn... Cepat meresap dan melembabkan kulit.
    Nanti nak join program dia 8.8 nanti

    BalasPadam
  3. VCO best pakai kat rambut.

    BalasPadam

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)