TARIKAN DI JANDA BAIK, BENTONG

Sebut je Janda Baik, siapa ja yang tak pernah dengar kan?? Siap ada yang mengusik tentang nama tempat tu. Di daerah Bentong ni, memang banyak tempat-tempat percutian termasuklah Janda Baik. Tapi apa ja yang ada dekat Janda Baik ni??

Bagi aku, Janda Baik adalah tempat yang paling sesuai untuk pergi tenangkan minda. Tak kira la sama ada untuk keluarga yang ada anak kecil, atau dengan kawan-kawan. Aku pernah ke sana dua kali walaupun tak pernah bermalam. Walaupun baru dua kali ke sana, aku cukup suka dengan suasana kat situ. Sebab jenis aku kalau nak bercuti, aku tak suka ke tempat yang terlalu ramai orang dan aku nak tempat yang aku boleh relaks dan tenangkan fikiran. Tempat macam mana? Sungai, laut dan hutan. Dan Janda Baik adalah salah satu pilihan yang tepat untuk orang yang macam aku.

Lagi pun kat Janda Baik, korang boleh pilih nak menginap di resort atau chalet yang macam mana. Dari yang bajet sampai la ke mewah. Semua ada dan bergantung pada poket masing-masing. Resort yang mewah ada banyak dan ada antaranya milik selebriti terkenal. Rasanya korang pun tahu kan. Tapi yang aku nak suggest kat korang ni pun okay jugak sebenarnya.

Bagi yang nak santai-santai dengan family terutama yang ada anak kecil, chalet ni aku rasa pasti menepati citarasa korang, Sebab, bagi yang duduk di tingkat bawah, buka pintu bilik je terus nampak sungai dan terus pergi mandi. Tak sampai 50 langkah pun dah boleh mandi sungai. Aktiviti seperti ATV, jungle trekking, memanah pun korang boleh buat kat sini.



Kalau korang ada nak buat family day, seminar, teambuilding dan telematch pun sesuai kat sini. Siap korang boleh request untuk BBQ dan karoeke lagi. Keadaan bilik pun selesa dan ada beberapa pilihan bilik untuk korang pilih. Tapi, aku yakin korang mesti suka duduk kat sini sebab kawasan ni dikelilingi kebun buah dan mana tahu kalau rezeki korang, dapat makan buah-buah tempatan kalau kena musim.

Lagi satu, kalau korang ke sini, korang boleh request untuk ke Air Terjun Tampik dengan bayaran tertentu. Kawasan Air Terjun Tampik ni diuruskan oleh Sahabat Alam Tampik Janda Baik dan mendapat kelulusan kerajaan negeri bagi tujuan aktiviti rekreasi dan pelancongan. Kalau nak pergi, korang boleh hubungi Sahabat Alam Tampik ( 012564 40284) atau ke www.tampikwaterfall.com.  Nak masuk ke sini pun ada limit dan perlukan permit tau. So, memang kena request dari awal kalau nak pergi.

Bagi pelajar-pelajar sekolah, kolej atau syarikat yang nak buat teambuilding or kalau ada yang nak buat family day, korang wajar pertimbangkan untuk buat di Radiant Retreat ni. Seriously. Sebabnya? Radiant Retreat ni berpengalaman menguruskan kumpulan-kumpulan pelajar tempatan dan antarabangsa dalam teambuilding dan sebagainya. Tempat pun luas gila.



Apa yang menarik lagi, aktiviti yang dorang cadangkan dan tekankan  semuanya berkaitan alam sekitar seperti penanaman hidroponik, tanaman herba, memancing dan sebagainya. Kiranya sambil ber’teambuilding’, korang akan dapat pengalaman baru. Aku ada jugak tengok beberapa kawasan di Radiant Retreat ni. Memang menarik. Kalau untuk pelajar sekolah, memang sangat-sangat sesuai. Korang pun boleh memancing sekali kat kawasan ni.

3. The Land


Kalau korang bercadang untuk buat majlis kecil-kecilan seperti birthday party, bertunang atau sekadar nak enjoy masa korang dengan kawan-kawan, The Land ni antara lokasi yang aku sangat-sangat galakkan. Bila sampai kat pintu masuk je, aku dah suka dengan environment sebabnya dapat feel suasana kampung tu. Masuk ke dalam, wow, banyaknya tempat untuk bergambar. Memang port paling cantik la.



Berkonsepkan balik kampung, tempat ni memang jadi salah satu favorite aku walaupun aku memang asal dari kampung. Korang jugak boleh menginap dekat The Land ni tau. Ada beberapa pilihan untuk korang. Best part is, The Land ni jauh sikit dengan rumah penduduk kampung. Jadi kalau korang nak berkaroeke sampai tengah malam pun tak ada masalah. Cumanya, kalau ada orang lain kat situ, terpaksa hormat sikit la kan??Hormat menghormati kan budaya orang Malaysia?? Cewahhh…


Lagi satu, korang boleh masak sendiri dekat sini. Bawak bekalan dan bahan-bahan ja. Peralatan dapur memang dah ada. Alaaa…pergi bercuti takkan kena masak sendiri. Ye la, kan konsep dia balik kampung, so sambil bercuti, sambil masak, sambil merapatkan ukhwah sesama kawan-kawan dan keluarga. Betul tak?? Owh, kalau nak ke sini, korang kena book melalui Facebook atau Airbnb okay. 

Okay, cukup untuk Bentong. Next aku nak cerita tentang tempat lain pulak. Tunggu….

Catat Komen

0 Ulasan