Sudut Pokok Viral

Sejak balik dari kampung baru ni, banyak jugak pokok-pokok viral yang aku dan Puan Isteri angkut bawak balik ke Shah Alam. Ada yang beli, ada yang kakak aku bagi.

So bila balik ni, kena cari satu tempat untuk letakkan semua pokok-pokok ni. Nak kena sesuaikan dengan keadaan. Mulanya dah ada satu tempat, tapi macam tersembunyi pulak. Akhirnya ubah letak kat luar. Bila letak, cantik pulak... 


Tak banyak pun... Tapi ada la beberapa pokok viral macam fiddle fig, sky bird, aloe vera dengan lidah jin tu. 

Duk kat rumah taman ni, kena manfaatkan ruang. Tambah lagi kalau ada tanah sikit kat bahagian depan. Orang lain lagi lawa kot dorang deko kan taman mini. Macam aku ni, setakat apa yang ada je la. Itu pun ada lagi yang aku tengok lawa. Nak kena tambah lagi ni... Hehehe... 

Catat Komen

0 Ulasan