Menarik ke Kuala Lipis?

Sebelum ni, kalau tanya aku apa je yang aku tahu tentang Kuala Lipis, jawapan aku cuma satu, itu kampung penyanyi nombor satu negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza dan Sekolah Clifford, itu pun sebab Sekolah Clifford tu sekolah Siti Nurhaliza.

Tapi masa aku jelajah tiga daerah di Pahang baru ni (Bentong, Raub), Lipis adalah daerah terakhir yang kami terjah dan sejujurnya, aku tertarik dengan tinggalan sejarah pekan Lipis ni. Tak sangka pulak aku, yang pekan Lipis ni pun banyak sejarahnya. Bangunan-bangunan sejarah ni mengingatkan aku dengan pekan lama Taiping dan pekan lama Ipoh.

PEKAN LAMA LIPIS

So, kami dibawa untuk menjelajah beberapa bangunan bersejarah yang ada di Lipis ni termasuklah 0KM Pekan Lipis yang betul-betul terletak bersebelah dengan General Post Office Lipis. Setiap 0KM pekan di negara ni berbeza-beza ya. Dan bermula dari pejabat pos ni, semuanya adalah bangunan-bangunan lama sejak 1920 lagi kalau tak silap aku. Antara tarikan lain ialah stesen keretapi lama, Medan Tangga, Masjid Negeri Pahang Lama (sekarang masih lagi masjid dan sebuah madrasah), Lipis First Residences, Clifford School dan Pejabat Daerah Lipis. Semua ni adalah bangunan-bangunan lama sejak zaman Inggeris lagi.





Kalau korang minat untuk tahu tentang sejarah-sejarah bangunan lama, aku rasa korang boleh masukkan Kuala Lipis sebagai salah satu lokasi pilihan wajib korang untuk korang explore.

Taman Eco Rimba Kenong



Tapi disebalik sejarah-sejarah bangunan zaman Inggeris, korang yang suka nak explore hutan dan gua, Lipis juga ada kalau korang nak. Korang boleh ke Taman Eco Rimba Kenong dan cara nak ke Taman Eco Rimba ni bagi aku cukup menarik. Korang kena masuk 7 kilometer dari jalan besar, park dan kemudian naik bot untuk melintas sungai. Tak lama pun naik bot tu, dalam 10 minit lebih kurang. Lepas tu baru trekking.

Korang akan dibawa trekking ke Gua Batu Tangga, Gua Batu Tangkup dan juga Gua Kelawar. Trek pun santai. Cuma kebetulan masa kami pergi tu baru lepas hujan, so, berhati-hati jugak la. Trekking tak ambil masa lama sekitar 40 minit ke satu jam je.

Masa kat Gua Batu Tangkup tu, kalau korang naik ke atas, memang ada satu sport untuk korang bergambar. Tapi aku tak naik sebab lutut problem sikit. Tengok je la dorang naik bergambar. 


Ooo.. Masa balik tu, kami makan di Kenong Rimba Eco Camp dan untuk first time nya, aku makan nasi kebuli. Nasi ni katanya selalu dihidangkan semasa kenduri dan bila Sultan turun. Wowww... Kira ni salah satu makanan tradisi masyarakat Pahang. Aku pun baru tahu kewujudan nasi kebuli ni adalah makanan tradisional Pahang selain daripada sambal hitam dan patin tempoyak.  Sedap gila der... Nasi dan ayam goreng je. Tapi sedap gila. 

Starwell Hotel
Kat mana nak menginap. Jangan risau, korang boleh je stay dekat Starwell Hotel ni. Cukup selesa dan aku rasa ni adalah hotel baru. Hotel ni berhadapan dengan stesen bas Lipis dan bersebelahan dengan lot kedai.

So, dah habis aku share pengalaman aku sepanjang aku jelajah tiga daerah di Pahang. Insya Allah. Nanti aku share lagi kalau aku explore ke sana.

Catat Komen

2 Ulasan

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)