Koleksi Pokok Viral

Balik dari kampung, antara barang yang terisi dalam kereta aku adalah pokok-pokok viral macam lidah jin, yang tinggi, yang pendek. Pokok duit-duit, skybird, fiddle fig. Banyak la. Dari PKP lagi rasanya dah viral pokok-pokok ni.

Masa PKPB tu, aku dan Puan Isteri ada ke GM Klang cari barang sikit, ada jumpa bermacam pokok palsu. Tapi yang tinggal banyak pokok yang tak famous. Yang famous semua habis cepat. Hahaha...Bukan pokok viral je, pokok tak viral pun ada. Haahah...


Sudahnya, aku call akak aku kat kampung, suruh tanamkan sepasu dua. Boleh je balik kampung, kami ambik. Dan masa PKPP diumumkan, terus balik ke kampung. 

Kebetulan abang aku pun ada nursery, terus ke nursery abang aku tengok pokok apa lagi yang ada. Rambang mata jugak la. Tapi Puan Isteri yang pilih. Hehehehe. 



Kalau kat kampung, pokok-pokok yang viral sekarang ni orang dah tanam lama dah. Cuma orang tak pandang. Cumanya, bila ada selebriti or atau orang yang pandai deko tunjuk gambar-gambar rumah dorang, terus jadi viral.


Untuk yang kat kampung, ia benda biasa ja. Tapi bagi yang duduk di bandar, mungkin bagi sesetengah orang, ianya adalah rare atau its time for me to bela pokok ni. Tu yang jadi viral tu. Plus, yang duduk di bandar ni, tanah tak ada untuk berkebun atau bercucuk tanam, so, bila ada pokok viral je, mula semangat nak mendeko. Termasuklah aku walaupun Puan Isteri yang semangat awalnya. Hehehe...

Catat Komen

0 Ulasan