KENAPA ANDA KENA MILIKI IBRAH SIRAH UNTUK BISNES

Kalau nak diikutkan, hati aku bukanlah terarah kepada bisnes dari dulu lagi walaupun ada masanya, aku nampak peluang untuk buat bisnes. Tapi, sejak beristeri ni, makin ligat jugak aku tolong bisnes Puan Isteri.

Dalam aku berfikir cara untuk kembangkan lagi bisnes Puan Isteri, tiba-tiba terjumpa buku Ibrah Sirah Untuk Bisnes. Menarik. Aku Google dulu maksud Ibrah tu. pengajaran. Hermm... Pengajaran Sirah-sirah Nabi untuk bisnes. Ada ke??



Tapi bila dapat, dan aku mula baca beberapa bab pertama. Okay, aku dah mula faham apa yang penulis nak sampaikan. Rupanya aku silap, sirah-sirah Nabi sebelum ni boleh digunakan untuk pelbagai bidang termasuklah bisnes. Sejujurnya, tak pernah terlintas di fikiran untuk aku melihat sirah-sirah Nabi seperti hijrah Nabi ke Madinah, pertuturan, kisah Nabi mengembala kambing sewaktu kecil dan bermacam lagi boleh digunakan dalam bidang perniagaan. Tak terlintas langsung walaupun aku tahu kisah-kisah yang terjadi, cuma ambil sebagai pengajaran dan tauladan ja. Untuk berfikir ke arah bisnes, memang tak terlintas. 

Okay, buku ni mengandungi empat bahagian iaitu Tauhid, Akhlak, Kepemimpinan dan Pengurusan dimana setiap bahagian tu dah ada bab-bab tersendiri. Sirah-sirah Nabi diceritakan dengan baik dan dikupas semula untuk dilihat dari sudut bisnes.

Okay, untuk buat korang tertarik lagi, buku Ibrah Sirah Untuk Bisnes ni juga mendapat perhatian daripada Bekas Menteri Kewangan Malaysia, Tun Dr Abdul Daim Zainuddin dan bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan sekarang adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Dr Haji Zulkifli Mohamad al-Bakri. Hebat kan?




Bagi aku, penulis berjaya mengubah mind set aku. Dari aku mula baca, aku dah tertarik macam mana penulis mengupas sirah-sirah Nabi kepada bidang bisnes masa kini. Yang menarik lagi, setiap penghujung bab, penulis buat rumusan dan tips. So, conclusion boleh dapat dari situ. Tapi, kalau terus baca ke conclusion je, korang takkan dapat feel tu.

Apa pun tahniah aku ucapkan pada penulis, Abu Ammar Al Mahmudi kerana berjaya menulis buku macam ni. Kepada yang baru nak mulakan bisnes, aku sangat sarankan korang baca buku ni. Insya Allah, berguna untuk kita semua. Tak mahal pun, cuma RM60 je kalau korang beli sekarang (Harga asal RM68). Apa salahnya keluarkan sedikit duit untuk ilmu kan?



Kalau korang nak dapatkan, boleh klik sini

Selamat membaca.




Catat Komen

1 Ulasan

  1. Berkenan nak miliki juga buku ni walaupun tak buat bisnes 😊
    Tambah ilmu.

    BalasPadam

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)