Kembali ke Tanah Aina Fahad, Raub

Kali pertama aku jejakkan kaki ke Tanah Aina Fahad di Raub tiga tahun lepas, memang aku dah jatuh hati dengan tempat ni walaupun tak ada aktiviti sangat tempat ni. Tapi aku suka sebab tempat ni memang untuk berehat dan menenangkan fikiran. Aku betul-betul suka sebab jauh dari bandar.



Masa aku jelajah tiga daerah di Pahang baru-baru ni dengan geng Blogger KBBA9 dan Tourism Pahang, aku rasa happy gila. Dan yang bestnya, macam mana aku datang tiga tahun lepas, keadaan tak banyak berubah dengan keadaan sekarang. Keadaan terjaga dan bersih.



Well, Tanah Aina ni ada beberapa pilihan untuk korang seperti Tanah Aina Fahad, Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant, Tanah Aina Farouq, Tanah Aina Farhana dan Tanah Aina Farah Soraya. Setiap tempat menawarkan benda yang berbeza. Ada untuk aktiviti, dusun, berehat dan bermacam lagi. Tanah Aina pun ada cafe tau kat Shah Alam.

Tapi aku sangat cadangkan bagi sesiapa yang nak berehat dan jauh dari bandar. Boleh ke sini. Aku jamin korang akan tenang. Korang boleh main indoor game macam caroom, pingpong, catur gergasi, dam ular gergasi. Makan-makan pun boleh dengar bunyi air terjun.



Bab tidur pulak, apa lagi, glamping la kan. Kali ketiga aku tidur dalam glamping dan rasa sejuk gila walaupun tak ada aircond. Tapi kalau mahukan sedikit privasi, ada beberapa pilihan bilik untuk korang selain daripada glamping.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke www.tanahaina.com

Catat Komen

0 Ulasan