Cemburu Dengan Rezeki Orang

Ada ketikanya, jujur aku cakap, aku cemburu dengan rezeki orang lain. Bila tengok orang lain ada apa yang aku tak ada, memang rasa cemburu tu meluap-luap. Kenapa aku tak dapat macam dia, kenapa dia boleh dapat apa yang aku nak. Kenapa aku tak boleh dapat apa yang dia dapat. Tak dapat macam orang lain, dapat sikit pun jadi la. Asalkan ada. 


Aku tak pasti korang pernah rasa atau tak apa yang aku rasa. Cumanya, bila ada rasa cemburu tu, aku cuba untuk bermuhasabah diri. Mungkin belum rezeki aku untuk dapat semua tu. Kalau aku dapat sekarang, mungkin aku akan jadi lupa diri. Mana tahu kan?

Allah SWT dah atur elok rezeki untuk kita semua. Mungkin orang lain pun ada rasa cemburu tengok apa yang aku ada. Bila jadi macam ni, apa yang aku buat, aku cuba untuk tengok orang-orang yang aku kenal, yang tak ada apa yang aku ada. Jadi aku akan lebih bersyukur.

Sama macam sekarang. Dengan keadaan kerja aku, part time aku jadi Ghostwriter, job yang aku dapat tak sama macam orang lain yang job masuk tanpa henti. Aku cuma baru beberapa kali. Tapi Alhamdulillah, aku boleh buat benda lain. Cemburu tu ada, tapi aku masih boleh terima. Rezeki aku belum sampai. 

Insya Allah, bila tiba masa, rezeki aku akan sampai sama macam orang lain. Mungkin rezeki aku bukan duit, tapi dari benda lain yang aku sendiri tak sedar. 

Catat Komen

0 Ulasan