Bihun Sup Daging Segenggam, Puchong

Dah banyak kali dah naik kat timeline Facebook aku tentang bihun sup daging segenggam ni. Cuma nak pergi ke Puchong tu macam tak berbaloi pulak semata-mata untuk makan tu.


Tapi kebetulan, lepas hantar order dekat Sri Petaling, aku ajak Puan Isteri ke Puchong sebab satu jalan balik. Lagi pun, masa makan sup baru ni kat satu kedai ni, rasa tak puas. So apa salahnya kan.

Kitorang Google je nak ke situ, cuma taip Bihun Sup Daging Segenggam Puchong, terus je sampai. Kalau ikut lokasi, aku agak familiar dengan area situ sebab selalu pergi makan patin tempoyak, cuma nak cari spesifik lagi la. 


Sampai je, macam... Alaa.. Macam ni je ke kedai dia. Warung biasa je. Tapi orang penuh jugak. Mungkin dah dekat lunch hour kot. Kitorang sampai pun dekat pukul 1. So, memang duduk je, terus order bihun sup. Ada dua ye, satu bihun sup biasa, satu lagi bihun sup daging segenggam. Harga pun tak jauh beza. So, better ambik yang daging segenggam. Puas hati. 

Untuk orang utara, bihun sup ni memang kena dengan selera kita la. Walaupun yang ambil order tu berbahasa KL, tapi insya Allah rasa sup tu, rasa sup belah-belah utara. Sup dia memang power la. Sedap untuk lidah aku. 



Selain tu, ada jugak makanan lain. Nasi ayam, bubur sup and kue teow teng. Yang aku perasan yang tu la. Harga memang tak mahal. Berbaloi dengan sedap and daging banyak. Nasi ayam dia aku rasa sedap kot sebab selain bihun sup, nasi ayam ramai orang order. Brother depan aku order dua pinggan. So, next time aku nak try. 

So, lepas tempoh PKP ni, aku rasa elok jugak kalau kita support peniaga-peniaga kecik ni. Iya la, baru nak boleh berniaga kan. 





Catat Komen

1 Ulasan

  1. Nampak sedap. Daging pun banyak. Kalau ke area sana, boleh la kami singgah!

    BalasPadam

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)