Bercuti Pasca Covid19

Dari pertengahan bulan 3 sampai ke pertengahan bulan 6, kita hanya duduk di rumah disebabkan covid 19. Bosan ooo.. Awal-awal masa PKP okay la kan sebab macam bercuti je biasa je. Tapi bila dah sebulan duduk kat rumah, otak pun dah tepu. Mula la nak tension. Hehehe.. Aku la tu.


Tapi bila PKPP dilaksanakan pertengahan bulan 6 hari tu. Dah boleh rentas negeri, dah boleh melancong dalam negara. Ramai pulak yang excited. Termasuk aku. Dok plan jugak dengan Puan Isteri nak ke mana. Tapi sebelum ke mana-mana, balik kampung dulu la. Dah la raya pun tak dapat balik kan. Or sebelum PKP dilaksanakan semula (mintak simpang) baik balik kampung dulu. Yang lain boleh kemudian.

Dah selesai balik kampung, baru boleh plan nak ke mana. Tapi setakat plan je la memandangkan poket pun tak berapa tebal. Banyak perkara berlaku dalam tempoh PKP ni. Tapi minggu lepas, mertua aku dah set dah nak bercuti raya haji ni. Ke mana? Tunggu je la. Aku pun first time nak ke sana walaupun umur dah nak masuk 30. Kahkahkah.

Ingatkan tunggu raya haji la baru berjalan, rupanya petang semalam dapat satu lagi berita gembira. And aku akan pergi minggu depan. Yeayyyyy... Ke mana nak bercuti minggu depan?? Haaa.. Tunggu la jugak. Pantai timur je. 

Catat Komen

2 Ulasan

  1. Kami plan nak g janda baik before PKP. so tak dapat pegi sebab PKP. Ni minggu ni plan nak qada' kan semula trip tu

    BalasPadam
  2. syok arrrrr jenjalan hhhhhhaaahaha nak ikutttttt

    BalasPadam

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)