Life Is A Drama..

Logo KBBA

12 Julai 2020

Al Quran dan Kitab Braille Untuk Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia

Bagi kita yang masih diberi nikmat penglihatan, membaca dan melihat Al-Quran merupakan satu rahmat. Sama ada secara fizikal mahupun membaca di telefon bimbit, pastinya senang. Tapi macam mana dengan mereka yang tak dapat melihat dan secara tak langsung, nak membaca Al-Quran pun agak sukar. Tapu nasib baik ada Al-Quran dan kitab dalam KoD Braille.


Tapi, memandangkan Al-Quran dalam koD Braille ni tak boleh tahan lama, iaitu sekitar lima tahun sahaja dan kos yang agak mahal untuk percetakan, iaitu RM0.50 sen untuk setiap helai Al-Quran dan kitab. Disebabkan kos yang agak mahal berbanding Al-Quran biasa, jadinya Al-Quran dan kitab KoD Braille ni tak dapat diedarkan secara meluas di Malaysia.

Disebabkan itu, Ensany Global telah melancarkan satu tabung Waqaf Al-Quran dan kitab dalam KoD Braille sepanjang Ramadan 2020 bagi menyokong usaha Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia dalam memperjuangkan hak pendidikan golongan kurang Upaya Penglihatan di Malaysia yang turut disertai oleh Yayasan Maghfirah.


Pihak Ensany Global dimaklumkan tentang jangka hayat serta kos Al-Quran dan kitab KoD Braille ketika membuat lawatan ke Pusat Penerbitan PERTIS.

Oleh itu, Ensany Global sebagai satu wadah pengumpulan dana secara atas talian telah tampil membantu pihak PERTIS agar Al-Quran dan Kitab Braille dapat diedarkan secara percuma kepada OKU penglihatan.

Alhamdulillah, usaha murni ni mendapat perhatian bukan sahaja orang Malaysia, bahkan penduduk ASIA dengan dana terkumpul sebanyak RM668,195.

Majlis penyerahan sumbangan oleh Ensany Global dan Yayasan Maghfirah kepada pihak PERTIS dah pun selamat diadakan pada Jumaat lepas (10/07/2020) di Unit Penerbitan PERTIS di Brickfield.

Turut dilancarkan di majlis yang sama ialah Tabung Kelestarian orang-orang Kurang Upaya Penglihatan di Malaysia di mana tabung ini ditubuhkan untuk membantu pihak PERTIS mengumpul dana bagi membina kompleks khas untuk orang kurang upaya penglihatan di Malaysia.



Tabung Kelestarian Orang Kurang Upaya Penglihatan Islam Malaysia ada projek usahama antara Ensany Global, Yayasan Maghfirah dan PERTIS.


Untuk maklumat lanjut, boleh laman web Ensany Global : https://www.ensany.com/

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah, tahniah Ensany Global.. !!

    BalasPadam
  2. Kena ramai-ramai saling bantu-membantu agar usaha untuk memperluaskan al-Quran dan kitab secara braille akan dapat dilaksanakan dan supaya lebih ramai lagi mereka yang cacat penglihatan akan dapat memanfaatkannya

    BalasPadam

Tinggalkan komen anda di sini...