6 Tips Melancong Pasca Covid-19

Sejak PKP Pemulihan diumumkan, ramai yang ambik keputusan untuk balik ke kampung dulu. Lepas tu baru pergi bercuti walaupun buat masa ni, bercuti dalam negara ja. Okay la kan, bantu sikit pelancongan domestik ni. Takkan tak boleh tolong kan mana yang termampu tu.

Tapi dalam masa kita duk excited nak pergi bercuti tu, jangan lupa pulak norma-norma baharu. Walaupun kes dah menurun banyak, tetapi kena jaga jugak kan. Mencegah kan lagi baik daripada merawat.



Okay, kali ni aku nak berkongsi sedikit tips untuk korang yang pergi bercuti dalam tempoh PKP Pemulihan ni.

1. Sentiasa amalkan penjarakan sosial
Orang akan ramai berkumpul di tempat-tempat pelancongan ni di fasa PKPP. Jadi, seeloknya kita mengamalkan penjarakan sosial di kawasan-kawasan tumpuan ramai. Yang pasti, banyak shopping mall, tempat-tempat makan dah mengamalkan penjarakan sosial sebagai norma baharu. Cuma kita saja untuk praktikkan perkara ni.

3.Elakkan/Kurangkan Bersentuhan
Situasi ni selalu terjadi bila kita nak bayar sesuatu. Tak kira la di kaunter pembayaran atau sebagainya. Elakkan berlaku sentuhan secara terus dengan individu lain, terutamanya yang kita tak kenal.



4. Pakai Topeng Muka
Face mask atau topeng muka sekarang ni senang sangat kita nak dapat berbanding sewaktu awal Covid19 ni melanda negara kita. Jadi, sentiasa membawa dan memakai topeng muka ketika berada di luar. Walaupun mungkin dah tak ramai yang pakai face mask sekarang, tak salah untuk kita terus pakai topeng muka untuk kesihatan kita kan?

5. Sentiasa membawa hand sanitiser
Kalau berada di restoran mungkin kita boleh terus basuh tangan dengan air dan sabun, tapi macam mana kalau di luar macam di Pasar Malam Cameron Highlands, shopping mall dan sebagainya? Jadi, lebih baik bawa hand sanitiser sendiri untuk diri sendiri dan family korang. Ingat, cari yang kandungan alkohol lebih 65%.

6. Tangguh Percutian Jika Demam/Batuk
Walaupun ada yang positif Covid19 tanpa simptom, tetapi tanda-tanda macam demam dan batuk tetap menjadi simptom utama Covid19. Dengan keadaan cuaca sekarang yang tak menentu, mungkin korang cuma demam dan batuk biasa. Tapi bila pergi bercuti, bukan orang sekeliling ja rasa takut, tapi kawan-kawan atau ahli keluarga korang sendiri pun rasa cuak.

Okay, aku rasa itu je kot tips yang aku boleh kongsi. Mungkin kalau ada lagi, korang boleh tambah nanti. Have fun bagi yang pergi bercuti.

Catat Komen

1 Ulasan

  1. Blum berani nk melancong...blk smnanjung pn risau jgk ni

    BalasPadam

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)