Pinggan Porcelain Murah Setia Alam

Dah seminggu dua ni aku tengok orang duk share pasal pinggan-pinggan dari China ni. Menarik dan lawa. Puan Isteri pun ada share link dengan aku. Mertua aku pun minat.


Dua kali pergi baru dapat membeli. Masa first time pergi tu, kitorang dah sampai, rupanya kedai tutup. Sebab hari Ahad. Hari ni pergi awal sikit, rezeki, kedai bukak dan tak ramai orang. Pergi awal pun sebab kalau tengok Facebook, orang beratur panjang gila kot.


Nasib baik masa sampai tu, ada dua orang je tengah beratur. So okay la. Aku masuk pun just untuk ambil gambar then tunggu dalam kereta. Biar Puan Isteri dengan mertua aku je membeli.

Ada la yang murah-murah terutamanya yang bekas-bekas kecik tu. Pinggan mangkuk pun lawa-lawa. Tapi aku rasa yang bercorak cantik untuk perhiasan je. Nak pakai, macam sayang je or tak sesuai. Pakai sekali-sekali okay la kot rasanya. Harga, apa yang Puan Isteri dan mentua aku cakap, okay la harga dia.




Tapi, nasihat aku, hati-hati sebelum membeli sebab ada yang dibuat menggunakan campuran tulang dalam pinggan porcelain atau seramik ni dan ada orang yang dah bangkitkan isu ni. Rajin-rajin membaca di Google tentang hukum menggunakan produk campuran tulang ni. Aku nak cerita pun, takut silap.


Kalau nak pergi tengok, korang boleh ke Cerasing Trace di Setia Alam. Boleh Waze ke Nazrihomes sebab kedai dia bawah tu je dan aku nasihatkan untuk korang pergi awal sikit.

Catat Komen

1 Ulasan

  1. Kami pun suka pinggan/ mangkuk comel2 macam ni. Tapi oleh kerana rumah risau ada lalat, kami guna mangkuk yang ada penutup. so kalau boleh, nak cari pinggan je la..

    BalasPadam

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)