Kejutan PKPP

Sejak pengumuman rentas negeri dah dibuat PM pada dua minggu lepas, aku dan Puan Isteri memang dah decide nak balik minggu ni. Sebabnya yakin minggu pertama PKPP mesti sesak.


Aku dah bercadang dengan Puan Isteri untuk tak bagitahu sapa-sapa pun. Kejutan la kononnya. Masa PM umum rentas negeri pun, aku call abah, aku tak cakap pun bila nak balik. Aku cakap, tunggu reda dulu, baru nak balik. Abah dengan mak pun okay.

Semalam, aku gerak dari Shah Alam dalam pukul 11 lebih dan singgah makan di Kuala Kangsar sebelum ikut jalan lama ke Alor Pongsu. Saja ja nak tengok orang jual durian. Excited sebab murah. RM5 sekilo. Kat Shah Alam, durian kampung pun berbelas ringgit.

Sampai depan rumah, mak dok ada kat pondok, abah kat belakang, baru lepas bertukang. Hehehe.. Kena bebel sebab tak bagitahu nak balik. Mak tak sempat bust ketupat katanya. Abah pulak, terus keluar cari durian sebab anak menantu dia cakap, durian kat Shah Alam mahal.



Kiranya menjadi la kan kejutan tu?

Catat Komen

0 Ulasan