Life Is A Drama..

Logo KBBA

11 Jun 2020

Hantu, Tapi Tak Tahu Jenis


Aku ni boleh dikatakan hantu durian jugak la. Pantang bau atau lalu, mesti laju ja kepala nak pusing tengok. Ambik bau lama-lama pun jadi la. Tambah kalau luar musim, telan liur je la.

Tapi sekarang dah masuk musim durian, kat mana-mana pun ada ja durian ni. Mahal dengan murah je.

Tapi, walaupun aku self claimed kata aku ni hantu durian, tapi sejujurnya, aku tak ada favorite durian aku. Apa yang ada depan mata, aku bedal. Macam setengah orang, dorang ada favorite durian masing-masing. Musang king, IOI, udang merah, black thorn, kampung, D24 or macam-macam lagi. 

But not for me.


As long as durian berlemak, creamy sikit, ada pahit-pahit kat hujung tu, it will be a perfect durian for me. Tambah pulak makan dengan pulut, santan then tabur gula sikit. Perghhhh...

Sejujurnya, kalau letakkan bermacam jenis durian depan aku tanpa tagging, aku rasa mungkin aku tau satu dua ja la kot... Yang lain, aku just panggil durian ja even durian tu durian mahal. Heheheeh... 

Tiada ulasan: