Life Is A Drama..

Logo KBBA

26 Jun 2020

Buah Tangan Dari Kampung

Seminggu dekat kampung, bermacam benda yang dicari. Puan Isteri nak makan cucur kembung,dapat la tiap-tiap hari breakfast yang tu. Durian hari pertama sampai abah dah pergi beli. Aku pulak, janji sampai kampung dah la. Bab makan ni tak kisah sangat. Hahahaha...


Tapi dua hari sebelum balik ke Shah Alam, kitorang pergi ke nursery abang aku nak tengok pokok bunga. Ingat Puan Isteri nak ambik satu dua pokok je yang kecik-kecik. Rupanya, dapat kiriman dari Putrajaya untuk bawak balik bermacam pokok. Hahaha..penuh jugak kereta tu. Dari bonet sampai ke seat belakang. Nasib dah penuh je, kalau tak, aku rasa sekali dengan durian aku bawak balik ke Shah Alam. 


Sebelum balik ke kampung hari tu pun, aku dah minta akak aku tanamkan pokok lidah jin yang pendek tu, Puan Isteri nak. Lepas tu, akak aku bagi lagi dua tiga pokok. Memang penuh dah kereta aku. Dengan ikan pekasam lapan kilo, buah macang lagi. Lepas tu sebelum balik singgah pasar dulu cari petai dengan rambuatan. Dapat la jugak. Nak beli kat Shah Alam, mahal jugak. Alang-alang balik kampung, beli je la kan?

Tapi lega la, walaupun terpaksa tahan bau bermacam dalam kereta, janji dapat balik kampung. Itu yang penting.

2 ulasan:

Han Hanni berkata...

kami pun kalau balik kampung, segala mak nenek kami angkut bawak balik KL.. Kalau naik bas, sendu je la kami sebab takleh bwk brg byk sgt

Ai berkata...

Penangan lama tak balik kampung.