Life Is A Drama..

Logo KBBA

25 Mei 2020

Suasana Raya Berbeza

Sedih, terasa lainnya raya tahun ni. Aku tahu, bukan aku ja yang terasa lainnya, semua orang terasa. Tapi apakan daya, semua orang terpaksa hadapinya. Sebab kita masih belum menang.


Pagi raya, sebelum solat sunat Aidilfitri, kak aku dah buat video call. Aku dan abang aku yang kat Klang je beraya dari jauh. Sebak sebab tak dapat balik kampung. Beraya dari jauh ni lagi la terasa sedihnya.

Tapi, suasana raya tu tetap terasa dengan keluarga mertua. Berkumpul dengan family sebelah sini dan ke rumah abang aku tengah hari raya tu.



Petang raya, aku ke mall kejap cari barang dengan bapa saudara aku jap sebab nak cari barang. Lepas tu balik melepak je kat rumah. Hehehe... Insya Allah, jarak masih lagi terjaga dan sentiasa pakai sanitizer. Jangan marahhh arrr... 

Well, sama-sama la kita berdoa supaya Covid19 ni hilang. Insya Allah semuanya akan kembali seperti sediakala... 

Tiada ulasan: