Life Is A Drama..

Logo KBBA

06 Mei 2020

MCO Musim Shopping Online

Selalunya aku takkan tertarik untuk beli barang secara online. Bagi orang lain aku tak tahu la, tapi bagi aku, aku suka tengok benda tu depan mata dulu sebelum beli. Tapi kalau macam Puan Isteri dan mertua aku, dorang pun macam layan jugak beli online ni.


Dan aku pun terjebak jugak la. Itu pun sebab beli flavor vape. Hahaahah... Nak beli kat kedai, memang tutup, nasib baik ada yang jual online. Tapi lepas first time beli tu, aku dah rasa macam seronok pulak. Iya la, minyak tak payah isi, masa tak terbuang. Duk depan TV je. 

Musim MCO ni, tambah lagi dengan nak raya, memang ramai la orang membeli online. Tengok la kat FB tu, sampai jammed pusat pos. Jenuh tunggu la siapa yang beli online tu. Bertabahlah ye... Termasuk Puan Isteri yang menunggu hadiah birthday tak sampai lagi... Hahahaha... 

1 ulasan:

cikguzim berkata...

makin sng skrg shopping online jer hehe