Life Is A Drama..

Logo KBBA

20 Mei 2020

Berjumpa Diva Tersohor Malaya, Diva AA



Fuhh, bila sebut je Diva tersohor kat Malaya ni, semua tahu, tak lain tak bukan, mesti Diva AA. Gerun dan excited kalau jumpa. Iya la, tengok video dia yang mengundang tu kan..hehehe..

Tapi, Sabtu lepas pertama kali aku jumpa Diva AA sebab dia order kuih raya Puan Isteri. Dah set awal-awal berjumpa kat mana untuk buat delivery and yang penting, dia dah remind mesti sedap okay. Insya Allah sedap dan menepati citarasa Diva AA kita ni. Mulanya dah berjanji nak jumpa kat Bangsar Village 2, tapi last minute tukar disebabkan hujan lebat. Tak kisah lah.



Masa sampai kat tempat yang dah dijanjikan, takut jugak aku. Bukak je pintu, dah nampak Diva AA ni dah pegang phone untuk rekod. Aku pun layankan je. Seronok sebenarnya tengok Diva AA ni. Actually, bila camera on dan camera off, I can see two different identity. Bila on camera je, macam korang biasa tengok dekat Twitter tu la, tapi bila off camera, sama macam orang lain, sembang biasa-biasa je. Cuma masih gerun jugak la... Dia layankan je orang yang berniaga dengan dia.Yang best tu, siap layan lagi bila aku mintak dia buat ucapan raya lagi untuk semua. Hehehe...




Terima kasih ya Diva AA sebab sudi beli kuih raya dari NA Kitchen. Insya Allah kita berjumpa lagi nanti.

Tiada ulasan: