Life Is A Drama..

Logo KBBA

18 Mei 2020

Berbisnes Kuih Raya

Fuhh, tahun ni Alhamdulillah, rezeki Puan Isteri untuk bisnes kuih raya masih berjalan lancar dan banyak. Tapi nak kata banyak macam bisnes orang lain tu, tak ada la lagi. Ramai lagi yang jual lagi banyak dari Puan Isteri. Macam kami, dalam 160 balang lebih kurang macam tu la.


Semuanya homemade dan dibuat dengan penuh kasih sayang. Cewahh...Aku bantu mana yang boleh je, kalau jenis macam tart ke semperit, memang aku surrender la, nak menekan tu tak reti. Tapi setakat cookies, almond london, boleh la aku buat. Itu pun tepung semua Puan Isteri yang buatkan, aku cuma tukang gentel dan masukkan dalam oven je. Yang paling top order, tart nenas, almond london and samperit. Bila dah tutup order, ada lagi yang nak order, tapi terpaksa tolak sebab dah dekat sangat nak raya. Nak beli barang-barang terutamanya balang pun dah susah dapat stock.

Rasanya dua minggu jugak kot dok tidur pukul 2-3 pagi. Nasib la PKP, tak kena masuk kerja, boleh la kan esoknya lepas Subuh tidur balik. Dan semuanya dapat disiapkan sebelum aku masuk kerja 14 Mei hari tu. Weekend just buat delivery je. Lega bila semua dah settle.

Kepada yang order, terima kasih di atas pesanan korang. Selamat menjamu selera masa raya nanti. Minta maaf kalau ada kekurangan dalam setiap pesanan anda semua ya...

Terima kasih daun keladi...

1 ulasan:

Tinggalkan komen anda di sini...