Life Is A Drama..

Logo KBBA

15 April 2020

Roti Sosej Berkeju

Dah sebulan dah kita ber PKP kat rumah kan?? Boring tu biasa sebab kalau tengok TV pun, semua ulangan je la. Lepas tu, masa awal-awal PKP, semuanya semangat nak cuba menu baru. Iya la, awal-awal tu seronok la tapi lama-lama sampai dah tak tahu nak makan apa. 

Malam ni, aku dengan Puan Isteri dah tak tahu nak makan apa. Mula la nak merapu buat makan macam-macam. Tengok sosej ada, roti Gardenia ada, cheese slice pun ada,bread crumb pun on. So mula la buat roti sosej cheese.



Aku rasa, lagi sedap dari buat corndog. Or even nak jadikan corndog pun boleh, just gantikan cheese slice tu dengan mozarella cheese. Kena hiris nipis sikit la. 

Bahan-bahan :




1. Roti Gardenia
2.Sosej (boleh guna yang kosong/berkeju) - direbus dahulu hingga masak
3. Cheese slice
4. Telur dikacau (boleh letak serbuk lada dan garam)
5. Serbuk roti

Cara-cara :
1. Lenyekkan roti hingga nipis. Kerak tepi terserah untuk buang atau tak.

2. Letakkan kepingan keju dan sosej



3. Gulungkan dan penghujung roti kena sapukan telur sedikit sebagai gam. 

4. Celup roti sosej dalam telur dan golekkan di atas serbuk roti. 



5. Gorengkan sehingga warna keemasan (anggaran dalam 2 minit). Jangan goreng terlalu lama takut cheese cair. Tak perlu risau pasal sosej sebab sosej dah direbus hingga masak.

6. Selamat menjamu selera. 



Tiada ulasan:

Catat Komen

Tinggalkan komen anda di sini...