Rezeki Masa PKP



Alhamdulillah, rezeki sepanjang PKP ni masih ada. Walaupun aku masih dapat gaji macam biasa, tapi kena juga ada backup. At least untuk Puan Isteri. Dan sebagai suami yang mithali (cewahhhh), aku support je bisnes Puan Isteri as a runner dan jadi tukang hantar, tukang uli tepung dan tukang beli barang.

Sejak pindah kat rumah baru ni dan sepanjang PKP, memang agak tak menang tangan la Puan Isteri mem'baking' siapkan order. Ada sekali tu, hampir tiap hari siapkan order orang.

Nasib la tu memang passion Puan Isteri, dia penat pun, dia nampak happy dengan apa yang dia buat. Alhamdulillah, rezeki tu ada ja kat mana-mana dan kita kena sentiasa berusaha untuk mencari. 

Catat Komen

0 Ulasan