Masak Bayam Brazil


Bayam brazil atau nama saintifik Althernanthera sissoo ni aku rasa dah famous kat Malaysia dari tahun lepas aku rasa. Kalau tak silap aku la. Sebelum ni aku dok tengok je orang tanam and pelbagaikan masakan bayam brazil ni. Aku macam, ermmm.. Tak minat sangat la.

Lepas tu, kakak aku kirim kan bayam brazil ni sebab Puan Isteri mintak. So, mula la aku tanam sejak bulan satu hari tu. Mula-mula tanam, tak ambil makan pun, aku syok patahkan dan tanam baru sebab nak bagi dia bercambah. Tapi lama-lama daun dah tak lebar and pokok tak tinggi mana.

Lepas aku tukar tempat yang tak kena direct matahari dan mula letak baja, baru lega tengok daun kembang semua. 


Sepanjang tanam, baru dua kali ambik makan. Buat ulam dan masukkan dalam telur dadar. Fuhhh.. Layan jugak sebenarnya. Bila aku post kat FB, banyak lagi rupanya yang boleh dipelbagaikan dengan bayam brazil ni. 


Aku rasa, mungkin banyak lagi kot menu yang boleh guna bayam brazil ni. Lepas ni nak kena try satu persatu. Hehehe.. Korang ada menu lain ke untuk bayam brazil ni? Cuba share. 

Catat Komen

0 Ulasan