Life Is A Drama..

Logo KBBA

23 April 2020

Kelainan Sambut Puasa 2020


Tahun ni kita sambut puasa dalam keadaan yang sedikit berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni. Kalau sebelum ni, bazar Ramadan boleh kata lokasi wajib setiap petang, nampaknya tahun ni kita terlepas peluang tu. Kalau sebelum ni kita berpeluang berteraweh di masjid atau surau, tahun ni terpaksa di rumah.

Mungkin terasa pelik sikit, tapi itu la hakikat yang terpaksa kita hadapi. Covid19 ni not something that we can play with. Tapi, tanggungjawab sebagai orang Islam, kita kena tunaikan jugak. Bagi yang bujang dan duduk jauh dengan keluarga, bertabahlah. Yang duduk di bandar yang selalu sambut puasa dengan keluarga kat kampung, bersabarlah. Insya Allah, kita doakan supaya raya tahun ni kita dapat balik ke kampung.

Kepada semua, aku ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut bulan Ramadan. Semoga ibadah kita semua diterima Allah SWT. Insya Allah. 

Tiada ulasan: