Life Is A Drama..

Logo KBBA

13 April 2020

Celebrate Kat Rumah Je...



Happy Birthday Puan Isteri yang ke 24. Dua tahun ni memang banyak perkara yang berlaku and I hope, you will always be happy with me.

Well, selalunya kalau birthday, memang pergi makan kat luar. Cuma kena buat pilihan kedai je la nak ke mana kan. 

Cumanya, kali ni birthday Puan Isteri kena pulak masa PKP. So nak makan kat luar pun tak boleh, kesudahannya, order Grab Food je. Mulanya memang dah plan dengan Puan Isteri untuk GrabFood je, cuma tak tahu nak order apa. Tapi bila di fikir balik, aku dan Puan Isteri order Texas Chicken je. Pagi semalam turun, tengok dulu ada orang masak ke tak, tapi mak mertua aku pun tak masak apa lagi, so terus laju-laju kami order. Puan Isteri cuma buat nasi butter je.


Lepas dah makan apa semua, petang dalam pukul 2 tu, Puan Isteri cakap, satay pulak sampai. 100 cucuk. Fuhhh... Mertua aku order untuk celebrate jugak. Hahahaha.. Turun lagi makan. 


Nasib baik lepas order sate tu, takda apa dah yang sampai. So, untuk dinner pun, makan yang tu lagi. 

Jadi la untuk simple celebration kan. 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Tinggalkan komen anda di sini...