Life Is A Drama..

Logo KBBA

29 April 2020

Cara Bayar Zakat Secara Online di Lembaga Zakat Selangor

Bila tiba bulan Ramadan, mesti ramai ketua keluarga atau individu terutamanya mula mencari amil zakat untuk tunaikan kewajipan. Macam aku sebelum ni, dari bujang sampai la aku dah berkahwin, aku akan bayar zakat fitrah di bazar Ramadan. Iya la, sebab Lembaga Zakat Selangor akan tempatkan amil yang dilantik di bazar Ramadan. Sambil membeli, sambil tunaikan zakat. Senang settle awal-awal, tak payah fikir dah. Sunat ye tunaikan zakat fitrah sepanjang bulan Ramadan.

Tapi memandangkan tahun ni bazar Ramadan pun tak ada, nak keluar cari amil zakat pun macam susah, so, korang boleh bayar zakat fitrah dan beberapa zakat lagi kepada Lembaga Zakat Selangor secara online je. Mudah dan kejap gila.

1. Okay, caranya mudah, korang cuma pergi ke laman wen Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan pilih BAYAR ZAKAT. Kalau korang nak bayar zakat lain, ada kalkulator disediakan bagi tolong kirakan untuk zakat untuk korang.

2. Kemudian, ada 4 langkah mudah untuk korang isi. Yang pertama isi maklumat bayaran


3. Isi maklumat bayaran korang. 


So, ada banyak pilihan bayaran zakat yang ditawarkan untuk bayar secara online termasuklah zakat fitrah, fidyah puasa dan lain-lain lagi. Korang cuma tick je yang mana berkenaan. 

Kalau dah pilih zakat Fitrah, akan keluar tambahan yang lain. Korang cuma perlu isikan sahaja. 

4. Pilih kaedah pembayaran. Yang ni ikut yang mana korang nak pakai. Macam aku, guna online banking, iaitu FPX. 
5. Sebelum proceed ke pembayaran, korang check dulu maklumat yang dah korang isi tadi. Kot ada terlepas pandang. 


6. Selesai. Alhamdulillah. 

So, mudah je kan?? 

3 ulasan:

Sue Izza berkata...

bagus ,ada cara yg mudah

Etuza berkata...

Terima kasih panduannya ya

Awanama berkata...

Kalau pakai jompay macam mane nak tengok resit ye ?