Life Is A Drama..

Logo KBBA

28 April 2020

Bila Keadaan Memaksa, Boleh Je...

Bila masuk bulan puasa ni, sebenarnya ramai je orang kita yang boleh buat bermacam-macam kuih. Sedap tak sedap tu belakang kira. Sebab mulut orang kan lain-lain.

Macam tahun ni kan takda bazar Ramadan. Ramai dah mula mencari macam mana nak makan roti john, murtabak, kuih pelita, karipap semua tu. Tapi hakikatnya. Dari puasa kedua tu aku dah nampak yang orang kita ni ramai boleh buat macam-macam.



Macam Puan Isteri, Alhamdulillah la dia boleh buat banyak jenis makanan. Aku pun kadang menyibuk gak kat dapur tu. Buat roti john, kuih lapis, tepung pelita. Siap boleh tambah macam-macam lagi, puas hati.

Tapi tu la. Tetap tak sama dengan bazar Ramadan. Kadang bukan sebab nak beli sangat pun, tapi lebih nak rasa suasana meriah tu. Nak kata sedap tu, kadang-kadang buat sendiri lagi sedap or puas hati. Hehehe... Cuma kemeriahan tu je yang kita nak cari... Insya Allah, semoga tahun depan kita berjumpa lagi dengan kemeriahan Ramadan. 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Tinggalkan komen anda di sini...