Terima Kasih Unsung Heroes


Credit : Artortoise

Nak digambarkan dengan kata-kata, rasanya tak ada satu perkataan pun yang boleh diungkapkan untuk melahirkan rasa bersyukur dan terima kasih kepada mereka yang berada di barisan hadapan bagi Covid19. Mungkin ada yang kita tak nampak apa jasa mereka sepanjang wabak ini sedang melanda, tapi percaya lah, tanpa mereka, mungkin kehidupan kita sepanjang berada di rumah dalam tempoh kawalan pergerakan ni pun sulit. 

Kita mungkin tak boleh membantu banyak, tapi mungkin dengan mengikut saranan daripada pihak berkepentingan, itu pun dah cukup memadai. Kita berada di rumah, dan biarkan mereka yang berada di barisan hadapan menjalankan tugas. Jangan kita bebankan mereka lagi dengan keluar ke sana sini tanpa tujuan dalam tempoh kawalan pergerakan ni. 

Kepada semua unsung heroes. Hanya doa yang kami mampu titipkan kepada anda semua supaya dipermudahkan urusan. Terima kasih kerana berkorban masa dan tenaga demi kami semua. Jasa anda kami tak mampu untuk balas. Terima kasih buat segalanya. 

Catat Komen

0 Ulasan