Life Is A Drama..

Logo KBBA

19 Mac 2020

Susah Sangat Ke Duduk Kat Rumah?

Dengan keadaan yang aku rasa agak kritikal sekarang ni, semua benda boleh berlaku walaupun kita dah habis bersangka baik. Sebaik ja Perdana Menteri umumkan kawalan pergerakan untuk semua rakyat Malaysia, aku tengok ramai yang berpusu balik kampung. Sampai balai polis pun penuh orang sebab nak pergi ambil borang rentas negeri.



Aku tak nafikan, cuti panjang macam ni, baik balik kampung. Aku pun pernah terfikir benda sama. Cuti free kot. Gaji jalan macam biasa. Tapi memandangkan risiko yang mungkin terjadi kalau balik kampung, aku tak jadi balik. Just stay wherever I am. Covid19 bukan perkara yang boleh dipandang remeh. Kalau balik sebelum pengumuman dibuat, atau balik disebabkan ada perkara yang mustahak, go ahead. Orang lain pun faham. Tapi kalau balik disebabkan nak habiskan cuti and bosan duduk di bandar. Baik fikir semula. Risiko weh. Tambah-tambah kat kampung ramai orang tua. Lagi senang penyakit tu nak berjangkit.


Aku tak nafikan, masa pengumuman tu dibuat, mungkin ada yang tak jelas terutamanya dari segi pergerakan rakyat. Tapi ambik pengajaran apa yang terjadi dekat negara luar. Akibat balik ke kampung, kes makin meningkat dan makin serious. Kita kena elak perkara yang sama jadi kat Malaysia. Fikirlah. 

Bosan memang bosan duduk kat rumah. Aku yang baru dua hari ni pun mati kutu. Tapi nak buat macam mana. Keadaan tak mengizinkan untuk keluar bersuka ria. Just stay kat mana anda berada. Kerajaan tahu yang terbaik untuk rakyat. Dont be selfish.

Tiada ulasan: