Lega Bila Keluar Rumah



Baru 9 hari berkurung dalam rumah sebab Perintah Kawalan Pergerakan, aku tak nafikan, mesti ramai stress. Ya lah, walaupun cuma duduk kat rumah, tapi stress sebab tak tahu nak buat apa. Dua tiga hari yang pertama mungkin okay lagi la sebab ada je benda yang nak buat, tapi masuk hari ke empat, mak aiii.. Mati kutu.

Macam aku, awal-awal tu cuci kipas, tolong Puan Isteri kemas bilik store, kopek ikan bilis, lepas tu?? Hahahaha.. Stress sebab tak tahu nak buat apa. Nak tengok TV, rancangan sama ja.

Tapi hari ni, aku berjaya keluar jugak dari rumah. Hehehe.. Tapi bukan saja-saja dan berdua. Aku sorang je sebab nak cari barang dapur sikit. Tak jauh pun,dalam 5km dari rumah. Tapi nikmat dia tu, tapi tengok keadaan luar. Perghhh... Rasa bersyukur. Nikmat apa lagi yang nak didustakan. Tapi jangan risau, lepas beli barang, aku terus balik dan bersihkan badan.

Mungkin tak keluar dah kot untuk tiga empat hari ni. Sebab selalu ayah mertua yang keluar, itu pun setiap isnin, rabu and jumaat sebab hantar mak mertua aku ke dialisis. Kami yang kat rumah ni, membongkang je la. Hehehehe... 

Catat Komen

0 Ulasan